Kelas tutorial membuat slime

16 September 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 8 orang peserta iaitu terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang yang bertempat di Bilik Latihan PI1M Machan.

Peserta telah diajar mengenai cara-cara serta langkah membat slime. Peserta telah ditunjukan langkah demonstrasi melalui video tutorial di Youtube. Setelah itu peserta membuat slime sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan oleh Pusat Internet Pekan Machan.

Peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana 2 orang ahli untuk setiap kumpulan. Peserta bergilir-gilir membuat slime kerana bekas yang disediakan untuk menguli slime hanya terhad kepada 4 sahaja.

Akhir sekali, peserta dapat belajar berkongsi serta tolong menolong antara satu sama lain di samping melakukan aktiviti berkomunikasi dengan sesama sendiri. Aktivi ini dapat memenuhi masa peserta dengan aktiviti yang berfaedah selain membuang masa mereka dengan bermain permainan aplikasi yang ada di dalam telefon bimbit.
Kesimpulannya aktiviti ini dapat meningkatkan daya komunikasi peserta serta daya pemikiran dalam menghasilkan sesuatu dengan kreatif dan kreatis.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali